Saturday, 13 August 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

klik banner kalo nak join eh..eh...huhu...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...pagi ni haku nak join segmen BA..sapa yang tak kenal BA kan?...tak lama lagi BA Jn akan lahir, insyaallah...sama-samalah berdoa agar semuanya selamat, baik maknya...baik anaknya...insyaallah...err Ben Ashaari..belog saya bes tak?...

Day 13 – What kind of person attracts you?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ciri-ciri orang yang menarik minat haku....ni secara rawak hokeh?..tak der diskriminasi jantina yerk...

  1. AWEK/BALAK YANG CUN/CHUBBY - adapun yang tak cun bukab haku tak suke, cuma jenis ini lebih menarik minat haku untuk men"tengok" mereka...jangan kecik hati, manusia ciptaan tuhan semuanya cantik.
  2. AWEK CUN/CHUBBY YANG PAKAI TUDUNG - katakan haku tengah tengok-tengok profile awek-awek kat tagged, yang pakai tudung tu haku bagi lebih perhatian, sebab...sebab haku nak belajar berfesyen, tambah pulak yang size XXL, huh! lagi la haku berkenan, haku nak belajar macamana nak dapat keberanian untuk berfesyen di khayalak.
  3. AWEK/BALAK  CUN/CHUBBY YANG PETAH BERKATA-KATA - seriously haku bukan lah seorang yang ramah dan mudah mesra, sebab tu haku tak ada kawan rapat, itu tak pelik hokeh?..perlu ambik masa untuk mengenali haku...jadi bila bersama dengan orang yang petah, ceria dan banyak cakap nih, haku jadi terikut...haku nak jadi peramah je, bukan pengumpat yang cakap bayak...bohong pon banyak.
  4. AWEK/BALAK YANG PENDIAM - bhahahahaa! haku suka kacaw bangsa ini, bukan untuk dijadikan "BOY TOY/SISTER" hokeh?...kaurang ingat haku ni mama bosan ke?...selalunya orang yang pendiam ni ada banyak pengalaman manis/pahit, jadi dengan berdiam depa dapat selesaikan masalah diorang...kau jangan sampai jumpa haku, dapat?..
  5. AWEK/BALAK YANG SUKA MENYOROK-NYOROK - haa...kaurang jangan ingat takde manusia jenis ni, pemalu gile sampai pompuan/laki tegur pon bleh lari...uish dasat. Golongan ni pon sama, jangan sampai haku jumpa kau...
kesimpulannya, manusia ni lebih pandangkan pada zahir...er maksud haku bukan zahir semata-mata cuma pandangan batin hanya nampak di kemudian...sebab tu ade pepatah melayu kata..."DONT JUDGE BOOK BY DISCOVER"...tak kenal maka tak cinta..



*** heh...ayat cam takder kena mengena dengan tajuk je...

Day 12 – A photo of something that makes you happy.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Wassalam...


**Di edit oleh Mak Teh...bhahahahaha!...

BERNAFSU KEPADA WANITA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bicara tentang nafsu, haku pernah terbaca satu artikel dari internet yang mana diceritakan ketika datangnya bulan ramadhan al mubarak ni memang syaitan di ikat, namun tidak bagi nafsu...nafsu mengambil alih tugas syaitan di mukabumi untuk menyesatkan umat manusia...tengoklah bertapa syaitan tak pernah berputus asa, siap main ganti-ganti macam acara balapan pulak...

Tapi ape yang haku nak story ni ade kena mengena ngan nafsu, nafsu terbahagi kepada 7 jenis, itu yang haku baru google tadik, sebelum haku google pasal nafsu tadik...sebab tu haku buat entry nih, sebenarnya haku tak sengaja terbukak 1 page ni...dengan tak sengaja...dan bukan dengan sengaja haku ter"bernafsu" nak tekan klil..klik..klik..

yaww...walaupun haku 100% wanita sejati, nak la juga terai-terai klik...kot la nampak yang pelik-pelik, harem yang kuar tulang temulang jek...cess...bhahaha! tulah kau....layan nafsu sangat bulan-bulan puasa ni.... kesimpulannya, bersederhanalah...baik dari segi percakapan, pandangan, perlakuan...jangan sampai ter"benafsu" macam haku bhaahaha...tak patut betul X-Ray tunjuk tulang...tunjuklah yang lain ^_^....opssss!




***Lama tak main game, klik..klik..klik...

Friday, 12 August 2011

Day 11 – 5 facts about you.

SENSITIF
-Ye, haku sangat sensitip tak kira dari segi mana...tu la orang kata "Orang berseni ni sangat sensitif" haku? takde lah berseni sangat, tapi haku suke Pendidikan Seni la, gile ah...

SAYANGKAN PET & ALAM SEKITAR
-Haku paling suke kucing, ngan sawah padi...bila haku berada dalam situasi yang ade gabungan dua komponen bhahaha betul ke ayat haku ia menimbulkan suasana tegang tenang pada haku, saat bermain-main dengan kucing dan berada di kawasan sawah padi, masa haku keje kat kedah...kurang-kurang seminggu tiga kali haku luangkan masa ronda-ronda tengok sawah.....tenangnyaa...


KAKI errr...TANGAN CONTENG
-Semua buku skolah haku kat sebelah belakang terbukti penuh ngan contengan, tak kira lagi kat ketas A4 kelas yang haku amik, kat atas meja kelas haku, kat bantal...haku conteng diorang kata "berseni betullahhhh..." bhahahahaha!!!

PHOTOMANIC ke photogedix?
-Memang haku suke bergambor, suke amik gambor...oleh kerana haku tak ramai geng, kebanyakan pic-pic haku adalah dari jarak dekat sebab haku tangkap sendiri dah la amik sendiri ..upload kat fesbuk..ngee orang panggil syok sendiri.

XXL
-Ni Fakta paling sahih, haku memang XXL so?...ade haku kesah bila haku ni gemok?




***bukan auta aa...

Day 10 – A photo of the item you last purchased.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


...30 Perkara dalam 30 Hari ni macam Wordless Wednesday je kan?...bhahahaha...haku pon perasan, ade gambor dan sedikit keterangan, kadang-kadang takde keterangan langsung..petang tadi haku beli topap, ni la item terakhir yang haku beli...haku kan tokei topap...okbai!




***utang-utang takmoo aaa...susah haku nak rolling kedit...

OH! KAURANG TAK PUASA YA!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...fenomena tak puasa di bulan puasa bukan satu fenomena asing di bulan Ramadhan ni, yang peliknya bila ada manusia yang saja-saja ja tak puasa,bermula terbit fajar hingga terbenamnya fajar...susah nak memahami makhluk tuhan ini. Haku bukan lah baik sangat ini cuma pendapatan haku je.

hamek kat En.Google
Berita yang jarang kita tengok di dada akhbar, wanita kena tangkap tak puasa, sebagai warisan wanita yang terakhir malu haku haa...dah la tak puasa, menipu lagi adoiyaii...ya bukan haku nak menghukum atau nak mengadili ceh macam pengadil pulak saja nak share cerita. Tapi kalau dikalangan makhluk-makhluk berjantina lelaki haa...senang je nak detact, senang nak perasan, senang je nak tangkap betul tak...
 Tak di nafikan masih ada yang teguh imanya di bulan Ramadhan ini, tak kira lelaki mahupun wanita...kebanyakan mereka yang tak berpuasa, bagi makhluk berjantina lelaki ni rata-ratanya ialah perokok tegar, sampaikan ada yang buat alasan " Isap rokok tak batal puasa...sebab bukan telan, sampai kat tekak hembus keluar semula" wahhh senangnya...alasan tak boleh terima!!..kaurang ingat makhluk berjantina wanita ni baek?...alasan yang paling menyelamatkan diri ialah ".....datang bulan " siapa nak pertikai?...mudahnya memberi alasan tidakkah mereka fikir balasan Allah SWT???...

Haku tak jumpa cari azab yang akan di terima oleh mereka yang meninggalkan puasa ni kat google, haku pasti ia ada tapi tak jumpalahh! natilah bila dapat "fakta" baru update, susah kalau kita berkata-kata errr... menaip tanpa fakta silap-silap kena gam cewah! bhahaha...

Oleh itu, marilah kita mencari "Lailatul Qadar" di bulan yang mulia ini...berpuasa tidak susah, menahan diri dari lapar dan dahaga, dari perkara-perkara maksiat dan sebagainya, tapi jangan sekadar puasa tapi tak solat, haa...tu fenomena jugak tu, ada masa kita kupas mengenai solat pulak, sama-sama kita membimbing sesama umat. Semoga kita berada di kalangan umat Rasulullah SAW.






***Bendera Nippon masih berkibar :)

Thursday, 11 August 2011

Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.


♥KRAFMAN JULIA IN RELATIONSHIP♥

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...senyum-senyum buat entry uhuhu...Haku dengan ini ingin menerangkan bahawa haku dah..emm dah ada yang punya ^_^





***terima kasih kerana membeli belah disini terima saya seadanya saya ...wuuwwuuu 

Wednesday, 10 August 2011

Day 8 – A picture of your favourite memory




***Haku dah ulang gambor ni dua tiga kali...favourite memory la katakan :)

Tuesday, 9 August 2011

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.(bukan entry sebenar)

Nama    : Bete (sebutannya BE=beras, TE= telur, bukan dangdut bete..bete..bete okeh?...)
Umur     : Tak pasti.
Asal       : Ladang Sawit.
Kegemaran      : Mengorat kucing betina (dia bukan Gay), Membaca dan Tidur atas peper yang orang tengah baca, buat bunyi kucing miang.

Penerangan :

       Bete ni aboh haku yang ambik, dia jumpa dalam Ladang Sawit...kesian waktu tu Bete kecik lagi, kurus dan berbulu kecut. Macam kucing siam, sapa kata kucing siam bulu tebal?...KLIK SINI tengok rupa kucing siam. Berbulu pendek dan errr..dan pendek...

Bete ni kalo lapar dia on je, makan nasik dengan kicap pun okeh...bila dah banyak makanan dia demand... demand macam-macam, kadang-kadang nak ikan rebus lah, whiskas lah...melampau! bagi makan Buah Sawit baru tau...

Setakat ni belum ade mana-mana kucing betina datang serang rumah dan kata " Jantan ni dah buntingkan i, i perlukan pembelaan!!.." huhu...mungkin Bete pegang prinsip "Pandai makan, pandai simpan"...cuma Ma haku kata si Bete ni kalo tak balik tu, tidur umah aweklah tu...biasa paling lama dalam 3 atau 4 hari je dia tak balik..maybe Bete datang tak kena time, datang masa bapak kucing betina tu ada kat rumah, mungkin kena raging kupas kelapa, berkebun atau kena tomoi kat rumah kucing betina tu. Bhahahaha!

***Membela kucing adalah satu sunnah. Entry haku makin mengarutkah?...saja hepi-hepi..

Monday, 8 August 2011

BERITA TERLEWAT....bhahaha, sukati den lah!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

          Sari berita terlewat...30hb Julai 2011 ribut kuat telah melanda Port Dickson...habis kereta-kereta di hempap pokok yang tumbang, khemah terbang bagai UFO, kereta Myvi berenang-renang, semua itu akan anda saksikan sebentar lagi...





***Orang bercerita, ade yang tak kena ngan 3 batang tombak..tombak hapa haku pon tak pasti, cuma pendapat haku la TUHAN marah, dan DIA nak tunjukkan sesuatu...wallahualam~

Day 6 – A song to match your mood.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..lagu yang sesuai untuk mood saya sekarang ialah jeng..jeng..


nyanyi sesama hokeh...enjoy!

***haku ngah bahagia (^^)

Sunday, 7 August 2011

TERIMA KASIH SEBAB BUAT HAKU GEMBIRA 24 HARI KEBELAKANGAN NI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hari ni agak emo, cewah! padahal selalu je emo, tajuk macam ceria tapi sebenarnya haku dilanda emosi bhahaha!... takot haku kalau suatu hari nanti orang pertikaikan kasih sayang haku, orang pertikaikan keihlasan haku...tapi bila haku sendiri dah berterus terang...layak ke lagi untuk haku dapat kasih sayang??...

Astarfgfirullahalazim....haku hanya manusia biasa yang sering lupa pada NYA...sedangkan DIA tak pernah lupakan hambanya, ye...ini ujian, haku dah ingat tuhan akan bagi ujian untuk meguji sejauh mana iman umatnya, DIA jugak takkan bagi ujian yang kita tak mampu atasinya...haku ingat semua tu...

Andai takdirnya, haku tewas dalam ujian ini...haku pastikan, haku akan tetap tempuh ujian NYA walau untuk kesejuta kali...semoga haku dapat kekuatan untuk tempuh semua ni...amin 




JANGAN BUNUH DIRI!!!!

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Apa yang kaurang akan buat bila berada dalam tekanan?..contohnya tekanan cinta?...tekanan pekerjaan?.. .penghinaan?... kutukan, caci maki?...adakah membunuh diri jalan penyelesaian?...hmm entry kali ni berkisar tentang kes sebenar...tekanan cinta, tu yang buat haku terpanggil untuk bercerita...

sebelum tu ni sedikit info tentang hukum membunuh diri:


Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.


Haku dah biasa bila setakat dengar Missy S menjerit terlolong-lolong, ketawa terbahak-bahak...tapi semalam memang buat haku rasa muka haku pucat takder darah bila haku sendiri nampak Missy S ambik pisau dan pegang...dia merapik dan menagis terlolong-lolong menjerit, kali ni luar biasa, haku tengok pon dah lain macam...nak je haku cuba ambik pisau tuh, tapi...haku risau dia lukakan diri dia, silap-silap haku yang luka...

Kaurang tau jelah, bertapa kasornya haku nih...haku nampak Missy S sangat tertekan, mujur je bukan haku sorang yang ade dekat dengan dia. 2 orang lagi kawan yang selow...suara romantik ala-ala Diana Daniell tuh...harap kat haku silap-silap cambiasaaa...daging untuk di jual...

Apa yang haku herankan, kenapa perlu nak aniaya diri sendiri sedangkan benda tu memudaratkan diri, kang calar pipi...kurang 2 ribu, tangan parut-parut kurang 1.5 ribu...uihh berapa jek tinggal??...benda ni bukan hanya terjadi kat wanita-wanita aje tau...laki pon ade, ingat tak satu masa dulu lagu "Permintaan Terkahir" ingat tak?...ingat tak?...ingat takkkkk?....owh! kaurang lupa daratan!


**Bunuh diri ni sangat dlaknat Allah, seolah2 pelakunye dah putus asa dari rahmat Allah. Padahal rahmat Allah tu teramat la luas. la haula wala quwwata illa billah..