Friday, 12 August 2011

OH! KAURANG TAK PUASA YA!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...fenomena tak puasa di bulan puasa bukan satu fenomena asing di bulan Ramadhan ni, yang peliknya bila ada manusia yang saja-saja ja tak puasa,bermula terbit fajar hingga terbenamnya fajar...susah nak memahami makhluk tuhan ini. Haku bukan lah baik sangat ini cuma pendapatan haku je.

hamek kat En.Google
Berita yang jarang kita tengok di dada akhbar, wanita kena tangkap tak puasa, sebagai warisan wanita yang terakhir malu haku haa...dah la tak puasa, menipu lagi adoiyaii...ya bukan haku nak menghukum atau nak mengadili ceh macam pengadil pulak saja nak share cerita. Tapi kalau dikalangan makhluk-makhluk berjantina lelaki haa...senang je nak detact, senang nak perasan, senang je nak tangkap betul tak...
 Tak di nafikan masih ada yang teguh imanya di bulan Ramadhan ini, tak kira lelaki mahupun wanita...kebanyakan mereka yang tak berpuasa, bagi makhluk berjantina lelaki ni rata-ratanya ialah perokok tegar, sampaikan ada yang buat alasan " Isap rokok tak batal puasa...sebab bukan telan, sampai kat tekak hembus keluar semula" wahhh senangnya...alasan tak boleh terima!!..kaurang ingat makhluk berjantina wanita ni baek?...alasan yang paling menyelamatkan diri ialah ".....datang bulan " siapa nak pertikai?...mudahnya memberi alasan tidakkah mereka fikir balasan Allah SWT???...

Haku tak jumpa cari azab yang akan di terima oleh mereka yang meninggalkan puasa ni kat google, haku pasti ia ada tapi tak jumpalahh! natilah bila dapat "fakta" baru update, susah kalau kita berkata-kata errr... menaip tanpa fakta silap-silap kena gam cewah! bhahaha...

Oleh itu, marilah kita mencari "Lailatul Qadar" di bulan yang mulia ini...berpuasa tidak susah, menahan diri dari lapar dan dahaga, dari perkara-perkara maksiat dan sebagainya, tapi jangan sekadar puasa tapi tak solat, haa...tu fenomena jugak tu, ada masa kita kupas mengenai solat pulak, sama-sama kita membimbing sesama umat. Semoga kita berada di kalangan umat Rasulullah SAW.






***Bendera Nippon masih berkibar :)

No comments: