Friday, 15 July 2011

SOLAT TU TIANG AGAMA!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...kalau tengok tajuk mesti terkejut, sejak bila Krafman Julia ni jadi ustazoh...haa, jangan buat muka terkejut okeh?....sebab kita (bagi yang muslim) dah pun dilantik sebagai Khalifah di muka bumi ALLAH SWT, dah menompang di bumi ciptaanNYA maka kita harus beriman padaNYA. Banyakkan Istighfar...semoga bila kita kembali padaNYA dalam keadaan beriman ^_^

Kat sekolah kita dah pun di ajar syarat sah solat, cara solat, rukun solat, dan mungkin kita dah hafal semua tu...tapi tak mustahil kalau ada yang hanya setakat baca tetapi tak tahu makna yang di lafazkan, tu punca-punca tak khusyuk la tu...betul tak?...kaurang jangan tipuu, bedosa...so hari ni haku nak share ngan apa yang haku jumpa masa blogwalking tadi...

Mari kita sama-sama fahami makna-makna yang kita lafazkan dalam solat ^_^

1 • Takbiratul Ihram
Allahhu Akbar (Allah Maha Besar) (1x)


2 • Doa Iftitah
Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Ertinya(Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.)


3 • Al-Fatihah
A'uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim
(Aku berlinding kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.)

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin. Arahmaanirrahiim. Maaliki yawmiddiin. Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin. Ihdinash shiraathal mustaqiim. Shirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin. Aaamiin..

Ertinya Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang merajai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami meyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni'mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami,ya Allah


4 • Ruku'
Subhaana rabbiyal azhim (3x)

Ertinya("Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung")


5 • I'tidal
Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu.

Ertinya(Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")


6 • Sujud
Subhaana rabbiyal a'la (3x)

Ertinya(Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi)


7 • Duduk Diantara Dua Sujud
Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.

Ertinya (Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.)


8 • Sujud
Subhaana rabbiyal a'la (3x)

Ertinya(Mahasuci Tuhanku yang Maha Tinggi)


9 • Tahiyyat Awal & Akhir/Awal
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

Ertinya (“Ya Allah, segala penghormatan, keberkahan, sholawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Wahai Nabi selamat sejahatera semoga tercurah kepada Engkau wahai Nabi Muhamma, – semoga juga Rahmat Allah dan Berkah-Nya pun tercurah kepadamu wahai Nabii,- Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba-Mu yang sholeh. – Ya Allah aku bersumpah dan berjanji bahwa tiada ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau ya Allah, dan aku bersumpah dan berjanji sesungguhnya Nabi Muhammad adalah utusan-Mu Ya Allah. – Ya Allah, limpahkan shalawat-Mu kepada Nabi Muhammad dan limpahkan juga shalawat kepada keluarga Nabi Muhammad”)

*Akhir
Setelah baca seperti tahiyat awal dilanjutkan dengan :~
“kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Ertinya (“sebagaimana Engkau telah limpahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, dan berkatilah Ya Allah Nabi Muhammad dan berkatilah juga keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”)


10 • Salam
Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh..


**credit to Neneun Neorul...haku copy kat belog dia nih!!

2 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

haha org tgk cite 321 cinta... comel budak mia ni :D

KRAFMAN JULIA said...

...duk cnni semua tak dan, tgk wayang apetah lagi...tgu CD jelaa..

ciptaan ALLAH mmg cantik...