Tuesday, 19 July 2011

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI


Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu cara memotong kuku mengikut Sunnah Nabi, dan semoga post kali ini bermanfaat buat saudara-saudaraku. Jangan sekadar tahu, tapi mulai saat ini kita praktikan dan amalkan dalam kehidupan kita. Semoga ia juga dapat diikuti oleh orang lain.."Ajarlah walau sepotong Ayat"

Memendekkan kuku atau memotongnya termasuk sunnanul-fitrah yang telah Allah fitrahkan pada makhluknya sehingga menganggap baik hal itu secara ukuran dan mensunnahkannya untuk mereka sebagai syari’at. Nabi SWT telah menentukan waktu dalam masalah ini dan dalam hal mencukur kumis, mencukur bulu kemaluan, dan mencabut bulu ketiak, yaitu agar tidak dibiarkan melebihi empat puluh hari. Maka berdasarkan hal ini, tidak boleh bagi kita membiarkan kuku melebihi empat puluh hari tidak dipotong sama sekali, baik kuku tersebut bersih ataupun kotor.

Sebab sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SWT dan tidak mencukurnya menyelisihi fitrah yang telah Allah jadikan pada manusia, dan membiarkannya lebih dari empat puluh hari, apabila yang membawanya melakukan hal itu adalah meniru orang-orang kafir yang menyimpang fitrahnya dari keselamatan, maka yang seperti itu haram, sebab Nabi SWT bersabda:“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk darinya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad jayyid)Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan, “Keadaan paling ringan dari hadits ini adalah pengharaman, meskipun secara zahir mengharuskan kafirnya orang yang menyerupai mereka.”Hukum Dan Hikmat Memotong KukuMemotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. 

Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah RA yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja'), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."Hadis riwayat Muslim) Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki.

Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku. Islam menentukan cara yang tersendiri ketika memotong kuku tangan atau kaki.Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.Setelah selesai memotong kuku, segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

Waktu Memotong KukuDalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi jgnlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari.Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam. 

"(HR Muslim)Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."(HR Ahmad)Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang.

"(HR al-Bazzar dan ath-Thabrani)Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.Menanam Potongan KukuIslam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan JunubMenurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.Tetapi mengikut pendapat sebahagian besar ulama’, memotong kuku atau rambut ketika haid dan nifas adalah MAKRUH bukan haram.Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

**Entry ni 100% haku copy kat page AidaRabbniyin, haku tau ramai dah tulis pasal ni...tapi haku tetap nak publish jugak...hahaha...