Thursday, 17 March 2011

Assalamualikum wbt and good morning, haha dah pagi...dua tiga hari ni rasa malas nak tido awai...tahla agaknya  nak praktis keadaan duk sekolah nanti...harini jumaat 18 Mac 2011, ohh...besok kawan haku nak tunang kat penang, mintak-mintak besok tak di isytiharkan hari bekerja...harap sangat...


Bajet-bajet nak stat bercuti 25 Mac 2011 ni, TATADEMOT nak kena siapkan secepat mungkin, ahh..kelengkapan alhamdulillah dah settle, tinggal sikit je lagi nak packing...sempena haku nak posting ni haku ade dua tiga tempat yang haku teringin banget nak gi...kalau tak pegi takde la sampai tahap kempunan, tapi ralat la...benda dah dekat ngan kita...besok-besok dah duduk Port Dickson takdenya nak datang Kedah saja-saja, apekejadahnya?....harap sangat dapat pegi tempat-tempat ni...

1.  THE CARNIVAL - alahai dekat belakang kem saja, tapi haku takder geng nak ajak pi..yelah, depa cuti haku keje, haku keje depa cuti...aihh, duk tiga tahun langsung tak jejak THE CARNIVAL ohhh...camano haku nak cong kat orang-orang kampong nanti?...


2. MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG - Pon dekat je, maybe tak berapa ramai orang yang gemor ke sini, tapi haku sangat berminat ngan muzium-muzium di Malaysia nih, ade ke kesempatan???...


3.  BATU FERRINGHI NIGHT MARKET - Haku penah pergi satu masa dulu, tiga tahun lepas mungkin, masa tu haku mai penang jalan-jalan umah sahabat pena haku...ye! sangat seronok tengok lampu yang banyak, barangan kraf, CD pirate (hahaha..) ade beca, walaupon jalan untuk ke sana pusing-pusing, ada rasa pening-pening, seriously haku suka tempat nih. La ni beliau dah kawen, dah tak bleh bawak haku jalan-jalan dah...


4.   KOLAM AIR PANAS ULU LENGGONG - Rasanya ni tempat paling jauh yang haku kepingin nak gi... dekat area-area perak dengarnya, sebab haku pon tak penah pegi...nak mandi kena mandi malam kalo siang mandi sini pakat masak la kaurang, lagi satu orang kata laki tak elok mandi sini...nanti lemah ehem-ehem... wallahuallam, haku tak tau kebenarannya...


6.   HUTAN LIPUR BUKIT HUJAU - yee...haku baru je pegi awal bulan baru ni, tapi sebab haku rasa sangat seronok...jadi haku nak pegi lagi...tak kira, nak pegi..



**sapa-sapa sudi buat tugas sementara bawak haku jalan-jalan?... takde?...T T

No comments: