Thursday, 18 August 2011

NASIB KAULAH!


30 Things in 30 Days Challenge 


PROGAM INI TELAH DIHENTIKAN 
OLEH ADMIN KERANA TIADA PEMBACA 
...SEKIAN TERIMA KASUT KASIH



**Entry kaler merah maksudnya haku membara dan semangat waja menghentikan cabaran ini...

Tuesday, 16 August 2011

Day 17 – How you hope your future will be like.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Menatang 30 perkara dalam 30 hari ni makin susah je, asik buat haku terjerat jek...haishh, tapi takpa...sebab haku yang cabar diri haku, padan lah dengan muka engkau Krafman Juliaaaaa...

Bagaimana haku harap haku punya masa depan akan jadi???...bhahaha! ayat cam gambus,kali ni haku translate pakai kemahiran haku je, sebab tu ayat haktu tu pelik...tapi haku paham jee..apa yang haku harap?...Hmmm dah tentu haku harap akan berjaya jadi sorang Muslimah sejati, anak yang solehah buat Ma ngan Aboh haku, Isteri yang solehah buat future husband haku, Ibu yang baik buat bakal anak-anak haku, tak lupa juga dengan tugas sebagai anggota Tentera yang haku galas sekarang, haku berharap untuk syahid...walaupun ayat haku nampak poyo, tapi haku serius hokeh?...hmm...

amik kat google




***Subahanallah, cantiknya Farah Anuar... Encik Abam, kaih suke, aok suke kaih?...

Monday, 15 August 2011

Day 16 – Something you don’t leave the house without.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Hari ke 61..err 16...rasanya dah lama sangat buat menda ni sampai dah beng**** sikit bhahahaha!...apa yang takkan haku lupa setiap kali keluar bilik...eh?...kenapa bilik bukan rumah?...sebab hidup haku kat bilik, 24 jam duk bilik dan bukan rumah....kat rumah tu kadang-kadang...jarang-jarang...
  • Kad Pengenalan
  • Rantai Pengenalan
  • Handphone
  • Jam Tangan
  • Duit
  • Lesen (walaupun tak cekap memandu...standby)
  • Pen
  • Kertas A4 lipat 8 (untuk conteng-conteng)



***aaaa...1 saat je lagiiii...

Sunday, 14 August 2011

Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Hari ni haku nak share cite-cite kat tv yang haku eksaited nak tengok tiap-tiap hari, tapi dulu la masa haku duduk unit, sekarang haku kursus tan takder tv...ohhh! sedih...tapi takpa, nak kongsi jugak...Stesen TV kegemaran haku ialah...jeng...jeng...jeng..
Sebab apa TV9?...ade dua sebab TV9 haku suke TV9...satu...TV9 kan dekat di hati...dua, katun dia guna Bahasa Melayu bhahahaha!...kaurang ingat haku terror B.I ke?...tu je sebab haku suke TV9 dan citer-citer yang haku takkan miss/tersepas tiap-tiap hari ...


Wonderpets...wonderpets..kami datanggg...


 Danny Phantom...budak separa hantu...


Jimmy Neutron...budak bijak...


Spongebob Squarepants...


Fairy odd parents...pari-pari yang baik...cewah!


Cat Dog...walaupon mughalazah, haku tak sentuh aaa..




***haku hantu jugak, hantu katun :)

Day 14 – Who are you?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..


SIAPA HAKU? haku 500**** Krafman Julia, asal Temerloh, umur 20...err...20+5 huhuhu, tinggi 173cm berat rahsia...ambik SPM tahun 2003 dapat 2A1 jek, yang lain dah lupa...kecuali Add Meth dapat G9, banyak tuu...dulu bercita-cita menjadi peramugari namun hajat tak kesampaian. Ada enam beradik, seorang abang lelaki, seorang kakak perempuan dan tiga orang adik perempuan hummm ^_^. Sebelum keluar baris...apa ada soalan??...




***haku akak Askar...okbai!

Saturday, 13 August 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

klik banner kalo nak join eh..eh...huhu...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...pagi ni haku nak join segmen BA..sapa yang tak kenal BA kan?...tak lama lagi BA Jn akan lahir, insyaallah...sama-samalah berdoa agar semuanya selamat, baik maknya...baik anaknya...insyaallah...err Ben Ashaari..belog saya bes tak?...

Day 13 – What kind of person attracts you?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ciri-ciri orang yang menarik minat haku....ni secara rawak hokeh?..tak der diskriminasi jantina yerk...

  1. AWEK/BALAK YANG CUN/CHUBBY - adapun yang tak cun bukab haku tak suke, cuma jenis ini lebih menarik minat haku untuk men"tengok" mereka...jangan kecik hati, manusia ciptaan tuhan semuanya cantik.
  2. AWEK CUN/CHUBBY YANG PAKAI TUDUNG - katakan haku tengah tengok-tengok profile awek-awek kat tagged, yang pakai tudung tu haku bagi lebih perhatian, sebab...sebab haku nak belajar berfesyen, tambah pulak yang size XXL, huh! lagi la haku berkenan, haku nak belajar macamana nak dapat keberanian untuk berfesyen di khayalak.
  3. AWEK/BALAK  CUN/CHUBBY YANG PETAH BERKATA-KATA - seriously haku bukan lah seorang yang ramah dan mudah mesra, sebab tu haku tak ada kawan rapat, itu tak pelik hokeh?..perlu ambik masa untuk mengenali haku...jadi bila bersama dengan orang yang petah, ceria dan banyak cakap nih, haku jadi terikut...haku nak jadi peramah je, bukan pengumpat yang cakap bayak...bohong pon banyak.
  4. AWEK/BALAK YANG PENDIAM - bhahahahaa! haku suka kacaw bangsa ini, bukan untuk dijadikan "BOY TOY/SISTER" hokeh?...kaurang ingat haku ni mama bosan ke?...selalunya orang yang pendiam ni ada banyak pengalaman manis/pahit, jadi dengan berdiam depa dapat selesaikan masalah diorang...kau jangan sampai jumpa haku, dapat?..
  5. AWEK/BALAK YANG SUKA MENYOROK-NYOROK - haa...kaurang jangan ingat takde manusia jenis ni, pemalu gile sampai pompuan/laki tegur pon bleh lari...uish dasat. Golongan ni pon sama, jangan sampai haku jumpa kau...
kesimpulannya, manusia ni lebih pandangkan pada zahir...er maksud haku bukan zahir semata-mata cuma pandangan batin hanya nampak di kemudian...sebab tu ade pepatah melayu kata..."DONT JUDGE BOOK BY DISCOVER"...tak kenal maka tak cinta..



*** heh...ayat cam takder kena mengena dengan tajuk je...

Day 12 – A photo of something that makes you happy.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Wassalam...


**Di edit oleh Mak Teh...bhahahahaha!...

BERNAFSU KEPADA WANITA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bicara tentang nafsu, haku pernah terbaca satu artikel dari internet yang mana diceritakan ketika datangnya bulan ramadhan al mubarak ni memang syaitan di ikat, namun tidak bagi nafsu...nafsu mengambil alih tugas syaitan di mukabumi untuk menyesatkan umat manusia...tengoklah bertapa syaitan tak pernah berputus asa, siap main ganti-ganti macam acara balapan pulak...

Tapi ape yang haku nak story ni ade kena mengena ngan nafsu, nafsu terbahagi kepada 7 jenis, itu yang haku baru google tadik, sebelum haku google pasal nafsu tadik...sebab tu haku buat entry nih, sebenarnya haku tak sengaja terbukak 1 page ni...dengan tak sengaja...dan bukan dengan sengaja haku ter"bernafsu" nak tekan klil..klik..klik..

yaww...walaupun haku 100% wanita sejati, nak la juga terai-terai klik...kot la nampak yang pelik-pelik, harem yang kuar tulang temulang jek...cess...bhahaha! tulah kau....layan nafsu sangat bulan-bulan puasa ni.... kesimpulannya, bersederhanalah...baik dari segi percakapan, pandangan, perlakuan...jangan sampai ter"benafsu" macam haku bhaahaha...tak patut betul X-Ray tunjuk tulang...tunjuklah yang lain ^_^....opssss!




***Lama tak main game, klik..klik..klik...

Friday, 12 August 2011

Day 11 – 5 facts about you.

SENSITIF
-Ye, haku sangat sensitip tak kira dari segi mana...tu la orang kata "Orang berseni ni sangat sensitif" haku? takde lah berseni sangat, tapi haku suke Pendidikan Seni la, gile ah...

SAYANGKAN PET & ALAM SEKITAR
-Haku paling suke kucing, ngan sawah padi...bila haku berada dalam situasi yang ade gabungan dua komponen bhahaha betul ke ayat haku ia menimbulkan suasana tegang tenang pada haku, saat bermain-main dengan kucing dan berada di kawasan sawah padi, masa haku keje kat kedah...kurang-kurang seminggu tiga kali haku luangkan masa ronda-ronda tengok sawah.....tenangnyaa...


KAKI errr...TANGAN CONTENG
-Semua buku skolah haku kat sebelah belakang terbukti penuh ngan contengan, tak kira lagi kat ketas A4 kelas yang haku amik, kat atas meja kelas haku, kat bantal...haku conteng diorang kata "berseni betullahhhh..." bhahahahaha!!!

PHOTOMANIC ke photogedix?
-Memang haku suke bergambor, suke amik gambor...oleh kerana haku tak ramai geng, kebanyakan pic-pic haku adalah dari jarak dekat sebab haku tangkap sendiri dah la amik sendiri ..upload kat fesbuk..ngee orang panggil syok sendiri.

XXL
-Ni Fakta paling sahih, haku memang XXL so?...ade haku kesah bila haku ni gemok?




***bukan auta aa...

Day 10 – A photo of the item you last purchased.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


...30 Perkara dalam 30 Hari ni macam Wordless Wednesday je kan?...bhahahaha...haku pon perasan, ade gambor dan sedikit keterangan, kadang-kadang takde keterangan langsung..petang tadi haku beli topap, ni la item terakhir yang haku beli...haku kan tokei topap...okbai!




***utang-utang takmoo aaa...susah haku nak rolling kedit...

OH! KAURANG TAK PUASA YA!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...fenomena tak puasa di bulan puasa bukan satu fenomena asing di bulan Ramadhan ni, yang peliknya bila ada manusia yang saja-saja ja tak puasa,bermula terbit fajar hingga terbenamnya fajar...susah nak memahami makhluk tuhan ini. Haku bukan lah baik sangat ini cuma pendapatan haku je.

hamek kat En.Google
Berita yang jarang kita tengok di dada akhbar, wanita kena tangkap tak puasa, sebagai warisan wanita yang terakhir malu haku haa...dah la tak puasa, menipu lagi adoiyaii...ya bukan haku nak menghukum atau nak mengadili ceh macam pengadil pulak saja nak share cerita. Tapi kalau dikalangan makhluk-makhluk berjantina lelaki haa...senang je nak detact, senang nak perasan, senang je nak tangkap betul tak...
 Tak di nafikan masih ada yang teguh imanya di bulan Ramadhan ini, tak kira lelaki mahupun wanita...kebanyakan mereka yang tak berpuasa, bagi makhluk berjantina lelaki ni rata-ratanya ialah perokok tegar, sampaikan ada yang buat alasan " Isap rokok tak batal puasa...sebab bukan telan, sampai kat tekak hembus keluar semula" wahhh senangnya...alasan tak boleh terima!!..kaurang ingat makhluk berjantina wanita ni baek?...alasan yang paling menyelamatkan diri ialah ".....datang bulan " siapa nak pertikai?...mudahnya memberi alasan tidakkah mereka fikir balasan Allah SWT???...

Haku tak jumpa cari azab yang akan di terima oleh mereka yang meninggalkan puasa ni kat google, haku pasti ia ada tapi tak jumpalahh! natilah bila dapat "fakta" baru update, susah kalau kita berkata-kata errr... menaip tanpa fakta silap-silap kena gam cewah! bhahaha...

Oleh itu, marilah kita mencari "Lailatul Qadar" di bulan yang mulia ini...berpuasa tidak susah, menahan diri dari lapar dan dahaga, dari perkara-perkara maksiat dan sebagainya, tapi jangan sekadar puasa tapi tak solat, haa...tu fenomena jugak tu, ada masa kita kupas mengenai solat pulak, sama-sama kita membimbing sesama umat. Semoga kita berada di kalangan umat Rasulullah SAW.






***Bendera Nippon masih berkibar :)

Thursday, 11 August 2011

Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.


♥KRAFMAN JULIA IN RELATIONSHIP♥

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...senyum-senyum buat entry uhuhu...Haku dengan ini ingin menerangkan bahawa haku dah..emm dah ada yang punya ^_^





***terima kasih kerana membeli belah disini terima saya seadanya saya ...wuuwwuuu 

Wednesday, 10 August 2011

Day 8 – A picture of your favourite memory




***Haku dah ulang gambor ni dua tiga kali...favourite memory la katakan :)

Tuesday, 9 August 2011

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.(bukan entry sebenar)

Nama    : Bete (sebutannya BE=beras, TE= telur, bukan dangdut bete..bete..bete okeh?...)
Umur     : Tak pasti.
Asal       : Ladang Sawit.
Kegemaran      : Mengorat kucing betina (dia bukan Gay), Membaca dan Tidur atas peper yang orang tengah baca, buat bunyi kucing miang.

Penerangan :

       Bete ni aboh haku yang ambik, dia jumpa dalam Ladang Sawit...kesian waktu tu Bete kecik lagi, kurus dan berbulu kecut. Macam kucing siam, sapa kata kucing siam bulu tebal?...KLIK SINI tengok rupa kucing siam. Berbulu pendek dan errr..dan pendek...

Bete ni kalo lapar dia on je, makan nasik dengan kicap pun okeh...bila dah banyak makanan dia demand... demand macam-macam, kadang-kadang nak ikan rebus lah, whiskas lah...melampau! bagi makan Buah Sawit baru tau...

Setakat ni belum ade mana-mana kucing betina datang serang rumah dan kata " Jantan ni dah buntingkan i, i perlukan pembelaan!!.." huhu...mungkin Bete pegang prinsip "Pandai makan, pandai simpan"...cuma Ma haku kata si Bete ni kalo tak balik tu, tidur umah aweklah tu...biasa paling lama dalam 3 atau 4 hari je dia tak balik..maybe Bete datang tak kena time, datang masa bapak kucing betina tu ada kat rumah, mungkin kena raging kupas kelapa, berkebun atau kena tomoi kat rumah kucing betina tu. Bhahahaha!

***Membela kucing adalah satu sunnah. Entry haku makin mengarutkah?...saja hepi-hepi..

Monday, 8 August 2011

BERITA TERLEWAT....bhahaha, sukati den lah!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

          Sari berita terlewat...30hb Julai 2011 ribut kuat telah melanda Port Dickson...habis kereta-kereta di hempap pokok yang tumbang, khemah terbang bagai UFO, kereta Myvi berenang-renang, semua itu akan anda saksikan sebentar lagi...





***Orang bercerita, ade yang tak kena ngan 3 batang tombak..tombak hapa haku pon tak pasti, cuma pendapat haku la TUHAN marah, dan DIA nak tunjukkan sesuatu...wallahualam~

Day 6 – A song to match your mood.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..lagu yang sesuai untuk mood saya sekarang ialah jeng..jeng..


nyanyi sesama hokeh...enjoy!

***haku ngah bahagia (^^)

Sunday, 7 August 2011

TERIMA KASIH SEBAB BUAT HAKU GEMBIRA 24 HARI KEBELAKANGAN NI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hari ni agak emo, cewah! padahal selalu je emo, tajuk macam ceria tapi sebenarnya haku dilanda emosi bhahaha!... takot haku kalau suatu hari nanti orang pertikaikan kasih sayang haku, orang pertikaikan keihlasan haku...tapi bila haku sendiri dah berterus terang...layak ke lagi untuk haku dapat kasih sayang??...

Astarfgfirullahalazim....haku hanya manusia biasa yang sering lupa pada NYA...sedangkan DIA tak pernah lupakan hambanya, ye...ini ujian, haku dah ingat tuhan akan bagi ujian untuk meguji sejauh mana iman umatnya, DIA jugak takkan bagi ujian yang kita tak mampu atasinya...haku ingat semua tu...

Andai takdirnya, haku tewas dalam ujian ini...haku pastikan, haku akan tetap tempuh ujian NYA walau untuk kesejuta kali...semoga haku dapat kekuatan untuk tempuh semua ni...amin 




JANGAN BUNUH DIRI!!!!

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Apa yang kaurang akan buat bila berada dalam tekanan?..contohnya tekanan cinta?...tekanan pekerjaan?.. .penghinaan?... kutukan, caci maki?...adakah membunuh diri jalan penyelesaian?...hmm entry kali ni berkisar tentang kes sebenar...tekanan cinta, tu yang buat haku terpanggil untuk bercerita...

sebelum tu ni sedikit info tentang hukum membunuh diri:


Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.


Haku dah biasa bila setakat dengar Missy S menjerit terlolong-lolong, ketawa terbahak-bahak...tapi semalam memang buat haku rasa muka haku pucat takder darah bila haku sendiri nampak Missy S ambik pisau dan pegang...dia merapik dan menagis terlolong-lolong menjerit, kali ni luar biasa, haku tengok pon dah lain macam...nak je haku cuba ambik pisau tuh, tapi...haku risau dia lukakan diri dia, silap-silap haku yang luka...

Kaurang tau jelah, bertapa kasornya haku nih...haku nampak Missy S sangat tertekan, mujur je bukan haku sorang yang ade dekat dengan dia. 2 orang lagi kawan yang selow...suara romantik ala-ala Diana Daniell tuh...harap kat haku silap-silap cambiasaaa...daging untuk di jual...

Apa yang haku herankan, kenapa perlu nak aniaya diri sendiri sedangkan benda tu memudaratkan diri, kang calar pipi...kurang 2 ribu, tangan parut-parut kurang 1.5 ribu...uihh berapa jek tinggal??...benda ni bukan hanya terjadi kat wanita-wanita aje tau...laki pon ade, ingat tak satu masa dulu lagu "Permintaan Terkahir" ingat tak?...ingat tak?...ingat takkkkk?....owh! kaurang lupa daratan!


**Bunuh diri ni sangat dlaknat Allah, seolah2 pelakunye dah putus asa dari rahmat Allah. Padahal rahmat Allah tu teramat la luas. la haula wala quwwata illa billah..


Saturday, 6 August 2011

Day 5 – What makes you different from everyone else?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


La ni buat cerita tak payah banyak ayat....guna gambaq ja...bhahaha!!! 
cakap banyak batal posa...bhahaha!


apa yang menbezakan haku dengan budak-budak lain...yeahh..."S.I.Z.E" 


Alhamdulillah ngan "S.I.Z.E" camnih haku masih mampu hidup berdikari, mampu berlari, mampu buat orang lain tersenyum, mampu buat orang lain bahagia...haku rasa tu dah memadai, alhamdulillah juga sebab masih ada orang yang sentiasa sayangkan haku...alhamdulillah ^_^...



***Sejak ade Encik Abam....rasanya "tiap hari sayang"

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


ni je nak tunjuk...okbai!

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hmm...ini hari ketiga, hari ini agak susah sikit tajuknya...bahahaha!!..agaknya apa yang jadi untuk "First Date" haku nanti??..idea..idea sila marii...plinggg!...masuk picture untuk bagitau semua orang....
hah...ade sapa-sapa nak bangkang?..first-first date haku dah bagi idea ajak nikah....syoknya kawin bhahahaha!!!




***gile, date tu hapa??...

Friday, 5 August 2011

MOOD MEREWANG KE KOREA UTARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hari ni mood tak berapa okey sebab haku baru dapat mesej dari kawan sekelas haku...mesej yang haku tak sangka-sangka pon, ingatkan encik abam yang mesej...ecited kejor hanpon tadik..

Missy C                 : "ko ltk gambar ape kat wall Dato'M?...kitorang gaduh dah ni...ishh..."

tergamam jab ~.~

Krafman Julia : "sori la...mana haku tau jadi camtu..."


Missy C             : ...tension aku, dah ar.."

kisahnya cuma gambar ni je...

Haku cuma ecited. bila Missy C nak kawen...haku ecited lebih, haku lukis gambor ni kat kelas...haku tunjuk kat Missy C, dia senyum jek...tapi sekarang...dia marah-marah...

jab tadi Missy C tanya haku dah buang ke gambar tu...haku jawap "dah"...dalam hati haku nak kata je, "bukan je gambor tu haku buang...siap unfriend lagi..biar kaurang tak jumpa haku dah...kan lagi seronok camtuh? ..."Haku ngah emo ni...emo sangat....okbai!...





***Nak je nekad-nekad kata,..."nanti ko kawin haku tak akan pegi....!"......astarghfirullahalazim....

Thursday, 4 August 2011

Day 2 — Your favorite movie

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

hehehe...awal je hupdate ek?...mata tak berapa ngantuk so ade masa untuk haku online sementara tunggu encik abam membalas mesej haku...mmm, tu kalo tak balas kompom tidolah, kan haku dah habaq duduk kat sini bizi, memanjang je bizi...nak meeting-meeting ngan encik abam pon tak dan, haishh...

Okeh, Day 2, hari kedua...meh haku bagitau kaurang, kalaulah di bagi pilihan cerita yang haku nak tengok kat TV sekarang, Astro selalu main cite ni, cite ni!!! haku je tak dapat tengok, mental betullah!!. Haku akan pilih cite nii..tak kira berapa kali pun kaurang tanya, haku akan kata camnih...


hehehe...otak! nak makan botak! botak!...bes betullah cite nih, haku tak jemu okeh?...tapi sayang kat sini jangankan Astro, TV pon takdek wuuwuwuwuw...


**tunggulah haku kawen ngan encik abam, haku beli TV LCD 42' ....bwekkkk!

Wednesday, 3 August 2011

Day 1 — Your favorite song

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...

cabaran 




bermula 


sekarang



Untuk dua minggu kebelakangan ni, ni ialah lagu febret haku...haha sebab?..takde sebab, haku suke je...

**Kaurang tak geli mat..mat..mat..ngan lagu jiwang kan?...hak!hak!hak!

Tuesday, 26 July 2011

30 Things in 30 Days Challenge

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – A picture of your favourite memory
Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 – 5 facts about you.
Day 12 – A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – Who are you?
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 – Something you don’t leave the house without.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Short term goals for this month and why
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...30 Things in 30 Days Challenge..Menda ni haku dah lama follow, tapi tak penah de plak rasa teringin nak buat, semenjak...dua menjak...tiga menjak ni haku kat sini takde aktiviti yang menyeronokkan selain kena bebel, kena jemur tengah panas, kena lari square, kena hafal nama-nama koperal, kena baris dua tiga jam...kat sini dah tak de yang menyeronokkan, sebab tu dah lama takde entry, so hari ni 27 Julai 2011 haku nak sahut cabaran 30 Things in 30 Days Challenge, haku je yang berani cabar diri haku ni hah... hahaha..hahaha...tengah berkira-kira nak start hari ni ke, besok ke lusa ke tulat ke ermmm....TT

**Wordless Wednesday, ape tu?...macam nak join tapi takde punca...hahaha...

RAHSIA SOLAT

Assalamua’laikum wr wb……… ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM..

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A… W.bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “ FRIDAY the 13th “ jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


***credit to Suara Bawah Tanah, haku copy entry ni kat blog dia...

Tuesday, 19 July 2011

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI


Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu cara memotong kuku mengikut Sunnah Nabi, dan semoga post kali ini bermanfaat buat saudara-saudaraku. Jangan sekadar tahu, tapi mulai saat ini kita praktikan dan amalkan dalam kehidupan kita. Semoga ia juga dapat diikuti oleh orang lain.."Ajarlah walau sepotong Ayat"

Memendekkan kuku atau memotongnya termasuk sunnanul-fitrah yang telah Allah fitrahkan pada makhluknya sehingga menganggap baik hal itu secara ukuran dan mensunnahkannya untuk mereka sebagai syari’at. Nabi SWT telah menentukan waktu dalam masalah ini dan dalam hal mencukur kumis, mencukur bulu kemaluan, dan mencabut bulu ketiak, yaitu agar tidak dibiarkan melebihi empat puluh hari. Maka berdasarkan hal ini, tidak boleh bagi kita membiarkan kuku melebihi empat puluh hari tidak dipotong sama sekali, baik kuku tersebut bersih ataupun kotor.

Sebab sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SWT dan tidak mencukurnya menyelisihi fitrah yang telah Allah jadikan pada manusia, dan membiarkannya lebih dari empat puluh hari, apabila yang membawanya melakukan hal itu adalah meniru orang-orang kafir yang menyimpang fitrahnya dari keselamatan, maka yang seperti itu haram, sebab Nabi SWT bersabda:“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk darinya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad jayyid)Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan, “Keadaan paling ringan dari hadits ini adalah pengharaman, meskipun secara zahir mengharuskan kafirnya orang yang menyerupai mereka.”Hukum Dan Hikmat Memotong KukuMemotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. 

Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah RA yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja'), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."Hadis riwayat Muslim) Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki.

Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku. Islam menentukan cara yang tersendiri ketika memotong kuku tangan atau kaki.Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.Setelah selesai memotong kuku, segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

Waktu Memotong KukuDalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi jgnlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari.Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam. 

"(HR Muslim)Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."(HR Ahmad)Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang.

"(HR al-Bazzar dan ath-Thabrani)Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.Menanam Potongan KukuIslam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan JunubMenurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.Tetapi mengikut pendapat sebahagian besar ulama’, memotong kuku atau rambut ketika haid dan nifas adalah MAKRUH bukan haram.Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

**Entry ni 100% haku copy kat page AidaRabbniyin, haku tau ramai dah tulis pasal ni...tapi haku tetap nak publish jugak...hahaha...

Monday, 18 July 2011

MIMPI DI PATUK ULAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hari ni haku nak cerita  mimpi basah mimpi di patuk ular...haaa, cam ade cer je kan?...orang kata kalau mimpi di patuk ular tandanya dah dekat-dekat nak naik ke jinjang pelamin, betul ke?...hahaha...serius haku cakap wei tetiba jek haku terpikirkan baju nikah..

err...baju nikah ke sanding ni?..


anak yang ramai...come to mama bebeh!


 uuuuu...apa semua tu?...


Sekarang baru 1100am, ngah belajar Matematik Kejuruteraan, tak dapat tumpukan perhatian...Haku merenung jauhhhhh ke luar kelas, haku nampak pelamin...kaler putih dihias ngan bunga-bunga merah...

 cantek kan?...klik gambo kalau nak buat tempahan :) oii along
 haku pomot kedai ko, nanti bagi less sket masa haku kawen!


wuwuwuwuuu...haku tenung jauhhh lagi...then haku nampak...haku nampak!! pengantin lelaki tu!!..eww~ haku bukak enset Blackberri haku...ermm, dah  juta-juta kali haku ulang baca masage nih...haku tak jemu...


haku terkenangkan sameon someone...eishhhhh!!!! Kanapa kepala haku pikir kawin je nih?...kan haku ngah study!!! Argghhh, tolong haku Ma..ketuk-ketuk pala kat dinding kononya tensen sangat-sangat haha...

...astarghfirullahalazimm...henssssssss! tarik napas jab, hmm...kembali pada tajuk ek...sebenarnya haku tak pernah pon mimpi kena patuk ngan ulor...tapi...haku mimpi kena geget ngan ulor der...serius haku tak tipu, ulor tu kaler hitam panjang dalam setengah meter camtuh, masa tu haku lalu kat longkang...memang nampak dah ular tu tapi tak dan nak elak, haku ingatkan dia nak patuk, rupanya dia geget kaki haku hishh...geget tak lepas lak tu, haku bukan takut...tapi geli...haku duk jerit laa mintak tolong kat Kak Lang, Mak Ndek, Mak Mbang...tolong! tolong! tapi hempeh hampa...takde sapa nak tolong haku, cesss...%$#^&^% takpee...arini hari kauu...

Besoknya haku call ma kat kampung, haku ceta kat Ma, "Ma...semalam orang mimpi kena geget dengan ulor...ader orang masuk merisik orang tak??..."

Ma haku jawap..." Hahahahahahaha....huhuhuhu...manada la...." Tetttt!...sampai hati Ma
 :( tak jaga hati haku langsung...


**Err...mesej tu betul, tapi bila kantoi ngan kawan haku, "someone" tu just kata..."mesej-mesej biasa je tu"....hmm haku hampa...

Saturday, 16 July 2011

MAKSUD DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Apa khabor semua?...sehat alhamdulillah, kalo sakit tu beringatlah, sakit tu menghapus dosa-dosa kecil so  janganlah mengeluh je okeh?..kalau sebelum ni haku buta entry pasal bacaan dalam solat kali ni haku dapat bacaan semasa duduk antara dua sujud, hokeh sama-sama kita belajar, sama-sama kita fahami...semoga amalan kita di terima olehNYA...

ﺭﺏﱢﭐﻏﻔﺭﻠﻰ (Rabbighfirlii)Tuhanku ampuniku

ﻭﭐﺭﺤﻤﻨﻰ   (Warhamnii) : Sayangi aku

ﻭﭐﺠﺒﺭﻨﻰ    (Wajburnii)   : Tutuplah aib-aibku

ﻭﭐﺭﻓﻌﻨﻰ       (Warfa'nii)   : Angkatlah darjatku

ﻭﭐﺭﺯﻗﻨﻰ     (Warzuqnii) : Berilah aku rezeki

ﻭﭐﮪﺩﻧﻰ       (Wahdinii)   : Berilah aku petunjuk

ﻭﻋﺎﻓﻨﻰ       (Wa'aafinii)  : Sihatkan
 aku

ﻭﭐﻋﻑﻋﻨﱢﻰ  (Wa'fu'annii) : Maafkan aku



** CREDIT BUAT SOUTUL MUJAHID...ENTRY NI HAKU COPY KAT BELOG BELIAU...

HUT KJLJD DAY 6

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Seronok! Seronok! Seronok!...Sambutan HUT KJLJD dah pun habis, bukan bermakna haku tak suke sambutan ni...ngan berakhirnya HUT KJLJD nih, siaplah kerja-kerja haku...hehehe, seawal 9 pagi kami dah settle semua kerja-kerja membanting, ehww!...kerja bersama dengan orang yang boleh bekerja amat menyeronokkan. Serius haku tak bleh buat kerja dengan orang yang 24 jam pot pet pot pet, 24 jam merungut, ohh...pergilah kau kat geng lain...biar haku membanting dengan orang lain...

jom membanting...!

1st pic nih belum start keje, lagi...masih menunggu bengkel di buka, ape kejadahnya amik kunci sampai setengah jam?...si khairul sembang kuat, patut sampai lambat!...mood : saboo jelah~

masih menunggu.... T T


bukan jualan amal k!


budak yang makin membeso...


ada tokoh


 Lis dan troli...


barisan orang yang mau bekerja...Charlie Angle!!

Tinggal satu keje je lagi, pulangkan semua banting-ganting dan tiang ke Stor KM, kerja ni mungkin akan di settlekan pada hari isnin minggu depan...takpelah, keje di bayar gaji, bukan buruh paksaan...masih cuba meng "ikhlas" kan diri, semoga amalan dan kerja yang haku lakukan di berkatiNYA....amin.



** Egokah haku?..kata kau ikotlah nak kata apa Krafman Julia, bila tak bertegur bukan haku membenci ko tapi...harap ko sedar apa yang jadi..terpulang k..

Friday, 15 July 2011

SOLAT TU TIANG AGAMA!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...kalau tengok tajuk mesti terkejut, sejak bila Krafman Julia ni jadi ustazoh...haa, jangan buat muka terkejut okeh?....sebab kita (bagi yang muslim) dah pun dilantik sebagai Khalifah di muka bumi ALLAH SWT, dah menompang di bumi ciptaanNYA maka kita harus beriman padaNYA. Banyakkan Istighfar...semoga bila kita kembali padaNYA dalam keadaan beriman ^_^

Kat sekolah kita dah pun di ajar syarat sah solat, cara solat, rukun solat, dan mungkin kita dah hafal semua tu...tapi tak mustahil kalau ada yang hanya setakat baca tetapi tak tahu makna yang di lafazkan, tu punca-punca tak khusyuk la tu...betul tak?...kaurang jangan tipuu, bedosa...so hari ni haku nak share ngan apa yang haku jumpa masa blogwalking tadi...

Mari kita sama-sama fahami makna-makna yang kita lafazkan dalam solat ^_^

1 • Takbiratul Ihram
Allahhu Akbar (Allah Maha Besar) (1x)


2 • Doa Iftitah
Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Ertinya(Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.)


3 • Al-Fatihah
A'uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim
(Aku berlinding kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.)

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin. Arahmaanirrahiim. Maaliki yawmiddiin. Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin. Ihdinash shiraathal mustaqiim. Shirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin. Aaamiin..

Ertinya Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang merajai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami meyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni'mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami,ya Allah


4 • Ruku'
Subhaana rabbiyal azhim (3x)

Ertinya("Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung")


5 • I'tidal
Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu.

Ertinya(Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")


6 • Sujud
Subhaana rabbiyal a'la (3x)

Ertinya(Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi)


7 • Duduk Diantara Dua Sujud
Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.

Ertinya (Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.)


8 • Sujud
Subhaana rabbiyal a'la (3x)

Ertinya(Mahasuci Tuhanku yang Maha Tinggi)


9 • Tahiyyat Awal & Akhir/Awal
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

Ertinya (“Ya Allah, segala penghormatan, keberkahan, sholawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Wahai Nabi selamat sejahatera semoga tercurah kepada Engkau wahai Nabi Muhamma, – semoga juga Rahmat Allah dan Berkah-Nya pun tercurah kepadamu wahai Nabii,- Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba-Mu yang sholeh. – Ya Allah aku bersumpah dan berjanji bahwa tiada ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau ya Allah, dan aku bersumpah dan berjanji sesungguhnya Nabi Muhammad adalah utusan-Mu Ya Allah. – Ya Allah, limpahkan shalawat-Mu kepada Nabi Muhammad dan limpahkan juga shalawat kepada keluarga Nabi Muhammad”)

*Akhir
Setelah baca seperti tahiyat awal dilanjutkan dengan :~
“kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Ertinya (“sebagaimana Engkau telah limpahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, dan berkatilah Ya Allah Nabi Muhammad dan berkatilah juga keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”)


10 • Salam
Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh..


**credit to Neneun Neorul...haku copy kat belog dia nih!!

HUT KJLJD DAY 5


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, harini haku dapat hupdate awal sebab keje siap awal...ehehe..tak siap lagi lah, memandangkan hari pon tengah hujan, tak dapatlah kita fitik ye...sedihnya, sob..sob..hahaha...ujan camni syok tidolah, tapi mata haku ni bukan jenis senang pejam, suka-suka hati nak pejam...haku tak boleh...so haku hupdatelah entry harini...


Alhamdulillah, 15hb Julai dah pun separuh hari, dah settle banyak keje, tinggal sikit lagi je nak tanggalkan semula banner-banner...banting-banting, dah 54 tahun KJLJD dalam perkhidmatan ATM...rasanya dah banyak perubahan yang berlaku, semoga perubahan yang berlaku ni memantopkan lagi KJLJD...wah!

seronok!...seronok!...seronok!...sebab sikit lagi nak abis event, last besuk je kot ade fitik pastu bleh berjimba-jimba ahahaha...ada rasa mau mandi laut...laut...laut...hari ni kalut sedikit so tak dapat nak ambik gambor banyak-banyak...sikit pun boleh lah ek..


pagi-pagi morning kitorang dah berada di sekitar padang kawad IJED Kem Kampung Sawah..


Brassband rejimen ke-2 Kor Armor DiRaja


sapa tak kenal ni lah dia Riffle M16 A1 5.56mm


band De'Electras...yang den bulat tuh Muhammad Ridzuan kawan sepergaduhan haku kat sini..

ohh..


pas habis menonton..


kena fitik pulak...


tapi takpe...


ikhlas


so



senyumlah!!!!



\(^_^)/





**Oyehh..malam ni pakai track suit, maknanya ada fitik...seronok!..seronok!..seronok..!